Friday 23 November 2012

One StEp t0 be CLOSE... =)

Jodoh ...... aku berserah semuanya padaNYA, sentiasa berdoa andai satu masa nanti aku akan ketemu si pemilik tulang rusuk itu. Bukan beerti aku alpa langsung tidak mencari, aku berusaha mencari dan terus mencari. sehinggalah ke saat ini pencarian itu seolah-olah telah berhenti bila aku mengenali dirinya...

 Tak pernah terlintas difikiranku setelah tuhan memberikan aku kesedihan itu, dengan sekelip mata tuhan juga berikan kegembiraan ini kepadaku. Tak pernah ku duga perkenalan itu, membuahkan perasaan ni. Perkenalan kami agak singkat, namun aku pasti apa yang aku rasa padanya. Benarlah kata orang, tempoh perkenalan itu tak penting.. Apa yang penting keikhlasan kita dalam menerima segala kelebihan dan kekurangan pasangan masing-masing. Aku yakin dengan apa yang aku rasa. Aku benar-benar ikhlas menerima kehadirannya dalam hidupku.

Di waktu ini, aku tersenyum seorang diri bila terpandang logo MCD di akhbar. Bukannya aku terbayangkan segala makanan di MCD, tapi ketika di MCD lah kenangan aku bersamanya tercipta. Di situ terungkap segala perasaan dan air mata. Bila diingatkan semula, lucu rasanya. Klau aku jadikan topik ni sebagai perbualan kami, pasti akn buatkan kami tersenyum ketawa... 

Bukan MCD je de peristiwa untuk aku dengannya. Ada banyak lagi moment yang tak dapat aku lupakan saat bersama dengannya....

...kereta ViVa hitaMmm SAA 88....., pizza Hut, pantai tempat aku luahkan segala Isi HaTi...... =)  keronsag tudung, Hong LeoNg Bank, Bonia, Open h0use ari raya, galaxy wonder, ic baru, cincin couple kami, lagu SedeTik LeBih............ macam2 lagi tak mampu untuk aku listkan lg..aku selesa bersamanya, rasa dihargai bila bersama, rasa selamat bersamanya..

Alhamdulilah....perhubungan kami direstui kedua-dua belah keluarga,dan 1 tarikh yang mendatang telah ditetapkan oleh kedua keluarga untuk menyatukan kami dengan ikatan pertunangan.Segala persiapan kini sedang di atur dengan rapi agar semuanya akan berjalan lancar.... Dalam m00d menghitung hari kini... "0nE SteP t0 Be Cl0sE"......sangat teruja namun masih dalam istiqamahhhh......

Kehadirannya mengubah segalanya, dia memberikan senyuman kepadaku. Saat ini aku amat takut untuk kehilangannya. Ya Allah janganlah engkau pisahkan aku dengannya setelah takdirMU temukan aku dengannya. Takdirkanlah jodohku bersamanya, jadikanlah dia yang halal buatku selamanya di dunia dan akhirat... amin...





Sunday 21 October 2012

Tuhan Sedang menguji KITa...

Melalui kehidupan dalam 2 minggu ni memberikan pengajaran  dan pengalaman buatku. Dugaan yang dihadapi dan dilalui seorang sahabat membuatkan aku mula mengingatkan pada diri yang hidup ini bukan selamanya kita di atas. Hidup umpama roda, pasang surutnya pasti. Kebaikan yang kita berikan pada seseorang belum tentukan balasan kebaikan juga yang akan kita terima.Harus berhati-hati akan setiap langkah kita, namun andai takdir itu telah tertulis sesuatu itu akan berlaku ia tetap akan berlaku...

"kun fa yakun"
....Bila Allah mengkehendakinya, dan pabila dia telah menetapkan sesuatu maka maka Allah berfirman kepadanya : " Jadilah, maka jadilah dia"

Dugaan yang dilalui sahabat aku itu betul-betul menguji kesetian dan ketabahannya sebagai seorang isteri. Penyakit yang dialaminya tanpa diduga telah merebak dengan cepatnya ke rahim dan ovari. Ternyata aku terkejut mendengar perkhabaran berita itu. Walaupun aku sedar peratusan penyakit itu untuk merebak ada, tapi tidak menyangka sebegitu cepat penyakit itu aktif. atas nasihat doktor sahabat aku perlu mendapatkan rawatan selanjutnya dan perlu membuang rahim dan ovarinya....seolah-olah diragut kebahagian dalam diri saat doktor bersuara ketika itu, sahabat aku kelu untuk meneruskan kata-kata. Hanya dalam fikirannya saat itu adalah suaminya. Wanita mana yang tidak bersedih pabila salah satu mahkota peribadi wanita perlu dikeluarkan dalam diri. Bertahun hidup dengannya, malah disitulah tanda ikatan cinta terhasil. Perlu membayangkannya sahaja membuatkan aku bersedih ini kan pula kenyataan realiti yang perlu dilalui oleh sahabat aku. Tidak peliklah hingga ke hari ini dia masih berdiam diri dan merahsiakan semua ini kepada suaminya atas alasan tidak mahu membebankan fikiran suaminya yang sarat dengan masalah.


Beberapa hari selepas itu belum lagi reda kesedihannya, sahabat aku itu diuji lagi dengan ujian lain. Kali ini berkaitan suaminya. Saat ini sahabat aku harus kuat berada di samping suaminya walau apa pun terjadi. Perlu mempertahankan maruah suaminya yang mula menjadi perbualan rakan kerja dan masyarakat luar. Sahabat aku perlu kuat melalui hari-hari perbicaraan itu sehinggalah hukuman dijatuhkan. Bersalah atau tidak suaminya hanya Allah yang maha mengetahui. Aku sebagai sahabat hanya mampu memberi kata-kata semangat kepadanya agar tidak berputus asa.



 Benarlah kata-kata petikan ayat dalam buku yang pernah aku baca : "Allah menguji kita dari pelbagai bentuk..Allah tidak menguji hambanya diluar dari kemampuannya. Yakinilah janjinya....."



Semoga ada hikmah yang baik di sebalik semua dugaan ini....kuatlah dikau wahai sahabat.....~~~

Thursday 27 September 2012

Sungguh KU akui cinta DiAaaa....

Setiap manusia mendambakan memiliki pasangan yang saling melengkapi, menerima diri pasangan dengan sebaiknya. Menambah apa yang kurang, berkongsi apa yang lebih. Rupa paras bukan ukuran, cukup sekadar si dia cukup ikhlas menerima baik buruk kita sebaiknya. Begitu juga aku, mengharapkan segalanya sebaik yang mungkin.

Dalam melalui rutin harian seperti biasa, tanpa aku duga aku akan mengenalinya. Hadirnya dia dalam hidupku memberikan aku senyuman semula, memberikan aku harapan baru untuk kehidupan yang mendatang. Cara dia, sikapnya melalui hari-hari perkenalan kami buatkan aku mula takut kehilangannya. setiap perbualan pasti akan berakhir dengan senyuman dan ketawaku..dia mencipta bunga dalam hatiku.. adakah itu tandanya kami punyai keserasian bersama, aku tak pasti..takut memberi harapan pada diri terutama pada hati...takut andai hati ini disakiti lagi .

Namun akhirnya aku tak mampu menolak takdir yang kini aku amat perlukan dia dalam hidupku. Aku dan dia kini dalam status "in relationship".. Kedua-dua belah keluarga kami kini mengetahui status hubungan kami. Jarak hubungan kami membataskan aku dan dia sentiasa bertemu. Namun aku sentiasa percaya dan yakin padanya. 

Andai dialah yang diciptakan untukku kau satukanlah aku dengan Ya Allah...aku terlalu ingin, dan mahu menjadi miliknya yang halal ya ALLAH...janganlah kau pisahkan aku dengannya, berikanlah aku peluang tuk kesekian kalinya menikmati erti kasih sayang ini ya ALLAH....sungguh ku akui  AKU AMAT MENYINTAINYAAAAA.....


 “Ya Allah, aku rindukannya kerana-Mu Ya Allah, Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepada-Mu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku, tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..
Terima kasih Ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.”

Monday 10 September 2012

Masa Itu PENGUBAT JIWA...

Setahun telah berlalu kini tatkala kali terakhir aku post ceritera kisah saat bahagia aku ketika itu. Yup waktu itu aku sangat bahagia berada di sisi dia yang digelar sang kekasih setelah kami disatukan dalam ikatan pertunangan. Takdir tuhan tiada siapa yang mampu menduga dan meneka, impian yang aku cuba capai dan ciptakan akhirnya berakhir macam tu je..saat itu hanya tuhan yang tahu bagaimana gelojak hatiku untuk menerima dengan redha semua dugaan itu...Tak pernah terlintas dalam fikiran aku yang ikatan itu akan terputus berakhir saat hanya tinggal tak sampai 2 bulan lagi majlis berlansung dan segala persiapan telah pun dibuat...

Masih terbayang saat kali pertama aku sampaikan berita buruk itu kepada ibu, ketika itu jam 3 pagi...aku menangis kaku dan ibu terduduk diam seribu bahasa dengan deraian air mata. Begitu juga keadaannya berlaku pada ayah bila ibu sampaikan berita itu padanya..bukan aku takut untuk berterus terang dengan ayah tp hampir semua cara perwatakan aku dan sikapku sama seperti ayah..disebabkan tu membuatkan aku begitu sayu dan tak sampai hati untuk sampaikan berita itu padanya sendiri. aku tak mampu luahkan bila melihat muka ayah...hancur luluh hati ibu dan ayah dengan keputusan yang telah aku buat..aku nekad dengan keputusanku, biar apa orang akan bercerita tentangku....biar apa tanggapan orang lain terhadapku aku redha....kerana aku yakin pada janjiNYA...ini bahagianku...aku terima dengan rela hati walau siapa tahu, aku teramat kecewa waktu itu...sedih yang teramat sangat...malu untuk menghadap kaum keluarga yang lain dan jiran tetangga...aku tahu pasti akan ada nada sumbang dan sinis terhadapku....Aku kuatkan diri, tahan dan telan segala kata-kata yang menyakitkan, biar alasan dan sebab atas segala yang berlaku hanya aku dan keluargaku yang tahu..Biar rahsia itu aku simpan sedalam yang mungkin...waktu itu aku hanya terfikir untuk pergi jauh dari semua orang, perlukan ruang untuk aku luahkan segala rasa sendirian.....


Kini setelah berbulan berlalu peristiwa itu, aku kembali kepada kehidupan asalku. menjalani rutin harian kehidupanku seperti biasa.Namun memiliki semangat baru dalam diri. Betul kata orang masa itu akan merawat luka dihati kita. Aku pasrah di atas segala apa yang terjadi, sesungguhnya tuhan maha mengetahui setiap apa yang terjadi dan tahu apa yang terbaik untuk hambanya. " Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"(Surah Al-baqarah ayat 2:286)......."bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahannya (Surah Al-Insyirah ayat 6)..


Aku mula fahami apa yang dimaksudkan oleh bloger akuislam.com. Katanya hidup ini bukan telenovela, bukan siri sinetron atau sebagainya, yang berkisar kepada kisah yang melulu dalam mencari mencari pasangan hidup, perebutan pasangan dan mengenai kekasih gelap.



Kehidupan kita bukan kehidupan yang semacam itu. Nafas seorang mukmin adalah sebuah amanah Allah yang harus dimanfaatkan di jalan yang benar. Jangan disia-siakan, apatah lagi dibuang begitu sahaja.
Jangan bermain dengan perasaan orang, apatah lagi jika orang itu adalah orang dekat dengan kita. Jangan memberi harapan bila memang harapan itu tidak pernah ada. Jangan memberi janji bila kita masih belum sedia untuk menunaikannya.
Bersikaplah biasa dan sederhana, serta singkap kelemahan kita. Kelemahan dalam penjagaan akhlak, kelemahan dalam menjaga diri
Hati diajar berkali-kali oleh rasa sayang yang tidak terubat. Bagaimana kalau kita simpan sahaja semua itu? Kemudian kembali kepada Allah dalam niat yang tulus, bahawa hanya kita mencintai atas nama Allah. Berharap bila jatuh hati, maka hati inilah yang digerakkan Allah. Bukan kerana diri yang nekad melampaui batas, bukan juga kerana kebosanan yang berbalut ketidaksengajaan dan kepura-puraan.
Semoga dugaan ini mengajar aku erti sebenar hidup ini, dan menjadikan aku seorang mukmin yang tidak pernah myesali atas setiap takdir yang diciptakan oleh Maha Penciptanya.

Thursday 7 July 2011

...kAU sELaMANyA...


KAU SELAMANYA


Aku amat sayang kamu
Dari dulu hingga kini
Tak berubah ku terlena keranamu


                     Walau apa pun terjadi Aku setia menyanyangi

Diri kamu kan berada di hatiku
Kau insan teristimewa
Dulu kini selamanya
Ku terimakan dirimu oh sayangku


Ku harap kau pun begitu
Sama-sama mencintai
Oh indahnya cinta ini bersamamu
Terimalah diriku seadanya sederhana
Ku berserah kepadamu Ya Ilahi

Kau insan teristimewa
Dulu kini selamanya
Ku terimakan dirimu oh sayangku
Ku harap kau pun begitu
Sama-sama mencintai
Oh indahnya cinta ini bersamamu
Kau insan teristimewa
Dulu kini selamanya
Ku terimakan dirimu oh sayangku

Ku harap kau pun begitu
Sama-sama mencintai
Oh indahnya cinta ini bersamamu
Kau insan teristimewa
Dulu kini selamanya
Ku terimakan dirimu oh sayangku
Sama-sama mencintai
Ku harap kau pun begitu
Oh indahnya cinta ini bersamamu


Monday 13 June 2011

Aku dan CupCakes

Cupcake....wahhh cutenyer cupcakes ni, sayangnye nak makan...ayat yang slalu aku ungkapkan dlu bile nampak atau dapat cupcakes yang comel-comel. Lansung aku tak pernah tpikir yang aku suatu ari nanti akan berminat tuk menceburkn dri dalam arena pembuatan kek ni..hehehe...


semuanya bermula bila 1 ari aku dalam keadaan free melayari intrnet sorg diri di lab, tanpa kawan di sisi tuk berbicara dengan secara tak sengaja tersalah klik link waktu aku gah tengok video di laman web youtube.com.. waktu tu aku terklik link video yang berkaitan step tuk melakukan decoration/design cupcake. waktu tu secara tiba-tiba menarik tu datang secara smula jd..aku mula bminat tuk mgetahui dengan lebih mendalam lg tentang apa itu cupcakes..bermula dari saat ni la aku mula terjebak dengan dunia cupcakes ni...hehehe...step pertama yang aku lakukan untuk mempraktik kn segala ilmu baru tentg cupcake dengan membeli 1 buku tentang cara-cara pembuatan cupcakes. saat itu bermula lah tagline aku..."welcome to the cupcakes world"


Ni la dia buku pertama yang aku beli tuk mempraktis menghasilkan design2 cupcakes yang menarik..





Alhamdulilah sehingga hari ni hmpir genap setahun aku terlibat secara tak lansung dalam pembuatan cupcakes ni. InsyaALLAH andai termampu aku akan masih lg meneruskan minat aku dalam pembuatan kek ni dan mungkin akan mula mengorak langkah dalam pembuatan kek yang lain..saje nak mencari kelainan.


Buku ke 2 ni pulak adalah buku yang aku beli selepas aku berjaya menghasilkan cupcake sepertimana dlm tutorial buku yang di atas...




Setakat hari ni aku menerima tempahan sempena majlis hari lahir, hantaran samada bertunang atau majlis kahwin. dalam post kali ni aku akan cuba upload gambr-gambr cupcake yang aku telah berjaya hasilkn...hehe
Antara design yang telah aku berjaya hasilkan...

percubaan pertama : Buat khas tuk kawan sempena hari lahir die





Tempahan Sempena Majlis Hari Lahir Ain



Tempahan suka-suka dari pelajar sekolahku



Tempahan Majlis Pertunangan



Hasil membuat ladybirth 



Kek setelah siap dibakar...



Tempahan Majlis Hari Jadi abang mybff



Special untuk perkahwinan mybff hayati


Tempahan Majlis Perkahwinan


Tempahan Majlis Pertunangan sepupuku



Tempahan Majlis Pertunangan