Thursday 27 September 2012

Sungguh KU akui cinta DiAaaa....

Setiap manusia mendambakan memiliki pasangan yang saling melengkapi, menerima diri pasangan dengan sebaiknya. Menambah apa yang kurang, berkongsi apa yang lebih. Rupa paras bukan ukuran, cukup sekadar si dia cukup ikhlas menerima baik buruk kita sebaiknya. Begitu juga aku, mengharapkan segalanya sebaik yang mungkin.

Dalam melalui rutin harian seperti biasa, tanpa aku duga aku akan mengenalinya. Hadirnya dia dalam hidupku memberikan aku senyuman semula, memberikan aku harapan baru untuk kehidupan yang mendatang. Cara dia, sikapnya melalui hari-hari perkenalan kami buatkan aku mula takut kehilangannya. setiap perbualan pasti akan berakhir dengan senyuman dan ketawaku..dia mencipta bunga dalam hatiku.. adakah itu tandanya kami punyai keserasian bersama, aku tak pasti..takut memberi harapan pada diri terutama pada hati...takut andai hati ini disakiti lagi .

Namun akhirnya aku tak mampu menolak takdir yang kini aku amat perlukan dia dalam hidupku. Aku dan dia kini dalam status "in relationship".. Kedua-dua belah keluarga kami kini mengetahui status hubungan kami. Jarak hubungan kami membataskan aku dan dia sentiasa bertemu. Namun aku sentiasa percaya dan yakin padanya. 

Andai dialah yang diciptakan untukku kau satukanlah aku dengan Ya Allah...aku terlalu ingin, dan mahu menjadi miliknya yang halal ya ALLAH...janganlah kau pisahkan aku dengannya, berikanlah aku peluang tuk kesekian kalinya menikmati erti kasih sayang ini ya ALLAH....sungguh ku akui  AKU AMAT MENYINTAINYAAAAA.....


 “Ya Allah, aku rindukannya kerana-Mu Ya Allah, Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepada-Mu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku, tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..
Terima kasih Ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.”

No comments:

Post a Comment