Monday 10 September 2012

Masa Itu PENGUBAT JIWA...

Setahun telah berlalu kini tatkala kali terakhir aku post ceritera kisah saat bahagia aku ketika itu. Yup waktu itu aku sangat bahagia berada di sisi dia yang digelar sang kekasih setelah kami disatukan dalam ikatan pertunangan. Takdir tuhan tiada siapa yang mampu menduga dan meneka, impian yang aku cuba capai dan ciptakan akhirnya berakhir macam tu je..saat itu hanya tuhan yang tahu bagaimana gelojak hatiku untuk menerima dengan redha semua dugaan itu...Tak pernah terlintas dalam fikiran aku yang ikatan itu akan terputus berakhir saat hanya tinggal tak sampai 2 bulan lagi majlis berlansung dan segala persiapan telah pun dibuat...

Masih terbayang saat kali pertama aku sampaikan berita buruk itu kepada ibu, ketika itu jam 3 pagi...aku menangis kaku dan ibu terduduk diam seribu bahasa dengan deraian air mata. Begitu juga keadaannya berlaku pada ayah bila ibu sampaikan berita itu padanya..bukan aku takut untuk berterus terang dengan ayah tp hampir semua cara perwatakan aku dan sikapku sama seperti ayah..disebabkan tu membuatkan aku begitu sayu dan tak sampai hati untuk sampaikan berita itu padanya sendiri. aku tak mampu luahkan bila melihat muka ayah...hancur luluh hati ibu dan ayah dengan keputusan yang telah aku buat..aku nekad dengan keputusanku, biar apa orang akan bercerita tentangku....biar apa tanggapan orang lain terhadapku aku redha....kerana aku yakin pada janjiNYA...ini bahagianku...aku terima dengan rela hati walau siapa tahu, aku teramat kecewa waktu itu...sedih yang teramat sangat...malu untuk menghadap kaum keluarga yang lain dan jiran tetangga...aku tahu pasti akan ada nada sumbang dan sinis terhadapku....Aku kuatkan diri, tahan dan telan segala kata-kata yang menyakitkan, biar alasan dan sebab atas segala yang berlaku hanya aku dan keluargaku yang tahu..Biar rahsia itu aku simpan sedalam yang mungkin...waktu itu aku hanya terfikir untuk pergi jauh dari semua orang, perlukan ruang untuk aku luahkan segala rasa sendirian.....


Kini setelah berbulan berlalu peristiwa itu, aku kembali kepada kehidupan asalku. menjalani rutin harian kehidupanku seperti biasa.Namun memiliki semangat baru dalam diri. Betul kata orang masa itu akan merawat luka dihati kita. Aku pasrah di atas segala apa yang terjadi, sesungguhnya tuhan maha mengetahui setiap apa yang terjadi dan tahu apa yang terbaik untuk hambanya. " Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"(Surah Al-baqarah ayat 2:286)......."bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahannya (Surah Al-Insyirah ayat 6)..


Aku mula fahami apa yang dimaksudkan oleh bloger akuislam.com. Katanya hidup ini bukan telenovela, bukan siri sinetron atau sebagainya, yang berkisar kepada kisah yang melulu dalam mencari mencari pasangan hidup, perebutan pasangan dan mengenai kekasih gelap.



Kehidupan kita bukan kehidupan yang semacam itu. Nafas seorang mukmin adalah sebuah amanah Allah yang harus dimanfaatkan di jalan yang benar. Jangan disia-siakan, apatah lagi dibuang begitu sahaja.
Jangan bermain dengan perasaan orang, apatah lagi jika orang itu adalah orang dekat dengan kita. Jangan memberi harapan bila memang harapan itu tidak pernah ada. Jangan memberi janji bila kita masih belum sedia untuk menunaikannya.
Bersikaplah biasa dan sederhana, serta singkap kelemahan kita. Kelemahan dalam penjagaan akhlak, kelemahan dalam menjaga diri
Hati diajar berkali-kali oleh rasa sayang yang tidak terubat. Bagaimana kalau kita simpan sahaja semua itu? Kemudian kembali kepada Allah dalam niat yang tulus, bahawa hanya kita mencintai atas nama Allah. Berharap bila jatuh hati, maka hati inilah yang digerakkan Allah. Bukan kerana diri yang nekad melampaui batas, bukan juga kerana kebosanan yang berbalut ketidaksengajaan dan kepura-puraan.
Semoga dugaan ini mengajar aku erti sebenar hidup ini, dan menjadikan aku seorang mukmin yang tidak pernah myesali atas setiap takdir yang diciptakan oleh Maha Penciptanya.

No comments:

Post a Comment