Sunday 21 October 2012

Tuhan Sedang menguji KITa...

Melalui kehidupan dalam 2 minggu ni memberikan pengajaran  dan pengalaman buatku. Dugaan yang dihadapi dan dilalui seorang sahabat membuatkan aku mula mengingatkan pada diri yang hidup ini bukan selamanya kita di atas. Hidup umpama roda, pasang surutnya pasti. Kebaikan yang kita berikan pada seseorang belum tentukan balasan kebaikan juga yang akan kita terima.Harus berhati-hati akan setiap langkah kita, namun andai takdir itu telah tertulis sesuatu itu akan berlaku ia tetap akan berlaku...

"kun fa yakun"
....Bila Allah mengkehendakinya, dan pabila dia telah menetapkan sesuatu maka maka Allah berfirman kepadanya : " Jadilah, maka jadilah dia"

Dugaan yang dilalui sahabat aku itu betul-betul menguji kesetian dan ketabahannya sebagai seorang isteri. Penyakit yang dialaminya tanpa diduga telah merebak dengan cepatnya ke rahim dan ovari. Ternyata aku terkejut mendengar perkhabaran berita itu. Walaupun aku sedar peratusan penyakit itu untuk merebak ada, tapi tidak menyangka sebegitu cepat penyakit itu aktif. atas nasihat doktor sahabat aku perlu mendapatkan rawatan selanjutnya dan perlu membuang rahim dan ovarinya....seolah-olah diragut kebahagian dalam diri saat doktor bersuara ketika itu, sahabat aku kelu untuk meneruskan kata-kata. Hanya dalam fikirannya saat itu adalah suaminya. Wanita mana yang tidak bersedih pabila salah satu mahkota peribadi wanita perlu dikeluarkan dalam diri. Bertahun hidup dengannya, malah disitulah tanda ikatan cinta terhasil. Perlu membayangkannya sahaja membuatkan aku bersedih ini kan pula kenyataan realiti yang perlu dilalui oleh sahabat aku. Tidak peliklah hingga ke hari ini dia masih berdiam diri dan merahsiakan semua ini kepada suaminya atas alasan tidak mahu membebankan fikiran suaminya yang sarat dengan masalah.


Beberapa hari selepas itu belum lagi reda kesedihannya, sahabat aku itu diuji lagi dengan ujian lain. Kali ini berkaitan suaminya. Saat ini sahabat aku harus kuat berada di samping suaminya walau apa pun terjadi. Perlu mempertahankan maruah suaminya yang mula menjadi perbualan rakan kerja dan masyarakat luar. Sahabat aku perlu kuat melalui hari-hari perbicaraan itu sehinggalah hukuman dijatuhkan. Bersalah atau tidak suaminya hanya Allah yang maha mengetahui. Aku sebagai sahabat hanya mampu memberi kata-kata semangat kepadanya agar tidak berputus asa.



 Benarlah kata-kata petikan ayat dalam buku yang pernah aku baca : "Allah menguji kita dari pelbagai bentuk..Allah tidak menguji hambanya diluar dari kemampuannya. Yakinilah janjinya....."



Semoga ada hikmah yang baik di sebalik semua dugaan ini....kuatlah dikau wahai sahabat.....~~~

No comments:

Post a Comment